Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Tuesday, 10 January 2017

TIPS SIHAT SEMASA MUSIM TENGKUJUH



Apa khabar anda semua? Kami doakan anda sihat walafiat hendaknya.

Hari ni, kami ingin berkongsi tips nak kuat.

Eh! kuat apa tu?

Haaa, begini ye. Sekarang ni hujung dan awal tahun kebiasaannya hujan hampir setiap hari.

Malam tadi kami lihat di klinik, ramai ibu-bapa bawa anak-anak mereka kerana selsema, batuk dan demam.

Biasanya, virus mudah tersebar diwaktu musim hujan ini. Sakit yang terjadi pun banyak berpunca dari suhu sejuk dan lembap. Ianya mempercepatkan pembiakan virus.

Badan kita juga akan mengalami perubahan untuk menyeimbangkan suhu yang sering berubah-ubah ini. Virus akan mudah masuk memcahkan sistem imuniti badan yang tidak stabil.

Jadi mari amalkan 3 tips dibawah untuk menghadapi musim hujan.


Pertama, pastikan badan anda cukup hangat.
Pakai jaket atau baju tebal bagi melindungi badan dari kesejukan. Kalau hujan tu, gunakanlah payung ye.

Minyak kayu putih boleh menghangatkan kalau di sapu seluruh badan. Anda juga boleh minum semangkuk sup atau segelas air halia, supaya badan sentiasa hangat dari dalam.


Keduanya, banyak minum air putih.

Untunglah bagi anda yang suka minum air putih ni. Selain murah, mudah nak dapat ia juga zat yang bersifat pembersih alami. Memudahkan pembuangan air besar dan mengurangkan kadar asid/protein yang berlebihan.

Anda juga akan dapat kulit yang segar dan juga dapat mengelakkan dehidrasi. Orang pandang pun berseri-seri muka merah-kemerahan.


Pilih tempat makan dan makanan yang bersih

Bagi anda yang bekerja, jauhkan dari tempat makan yang kotor. Kedai tepi longkang dan jalan, seringkali terdedah dengan virus dan habuk.

Kedai yang ‘hygiene’ dan selalu menitik beratkan kebersihan dapat mengurangkan risiko jangkitan.

Basuh tangan anda sebelum makan, selepas keluar tandas dan selepas melakukan apa-apa kerja. Sediakan juga pembersih antiseptik tangan seperti DETTOL sebagai langkah berjaga-jaga.

Jadi setelah kita betul-betul melakukan pencegahan dan langkah-langkah yang berjaga-jaga, maka penyakit yang biasa terjadi ketika musim hujan dapat diatasi.

Terutama kepada anak-anak kita. Mereka lazimnya kelompok yang mudah berjangkit dari virus. Jikalau kita gagal mengesan dari awal boleh melarat hingga menjadi penyakit berbahaya, seperti HFMD, (penyakit tangan, kaki dan mulut).

Kami harap artikel ini dapat membantu anda. Sekiranya bermanfaat, silakan kongsi dengan rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih.


============
Anda Kakitangan Kerajaan Malaysia?
============
.
.
.
Bagus, andalah yang kami cari.

Sempena tahun baru 2017 ini, TJC mengadakan tawaran istimewa buat anda.

Jikalau anda memang pelanggan TJC, anda mesti dah tahu, harga rawatan akupuntur kami adalah RM70 satu sesi.

Sekarang harga rawatan akupuntur hanya RM51 sahaja.

Ianya akan tamat pada 31 Januari 2017. Harga akan dinaikkan jika anda terlepas peluang ini.

Ada orang tanya, kenapa orang kerajaan je, kerja swasta takde ke?
Sabar, sabar. Untuk pekerja swasta ada promosi lain lagi yang menarik dari kami. Anda Follow dan Like FB kami untuk menunggu pengumumannya.

Nasihat kami, segera ambil handphone dan Wassap nombor ini 011-11816929 untuk pertanyaan dan info lanjut. Nak mesej melalui FB Messenger pun boleh. Staf kami sedia membantu anda.

Jadi, ajak lah kawan-kawan anda yang kerja bekerja di pejabat kerajaan untuk menikmati tawaran ini.

Kita jumpa di TJC Bandar Teknologi Kajang ye.


Saturday, 7 January 2017

NAK RAWAT SAKIT KEPALA, TAPI TAK TAHU PUNCA


Sakit kepala atau migrain memang selalu sangat menjadi perbualan kita seharian.

Jikalau bukan kita yang sakit kepala, mesti ahli keluarga, saudara -mara atau kawan yang sakit kepala.

Mengadu sambil berkerut dahi mengaduh kesakitan. Kita nak tanya soalan pun rasa kesian. tak sampai hati. ye la orang tengah sakit.

Ramai tertanya-tanya, apa yang menyebabkan punca sakit kepala ni?

Kadang-kadang budak sekolah rendah pun dah mula sakit kepala. Patutnya budak sekecil itu badannya masih kuat dan sihatkan? Tapi mengapa boleh sakit?

Banyak faktor, antaranya yang paling kerap berlakunya sakit kepala adalah pertama, kurangnya minum air.


Dalam seharian kita digalakkan minum 2.5 liter air sehari. Orang kata nanti kerap kencing lah. Tapi itulah ubatnya. Kalau kurang air semua sistem badan kita akan menyerap air daripada usus kecil dan besar. Akhirnya air yang bertoksin ini masuk kedalam sel-sel badan kita.


Keduanya pula, kekerapan memakan makanan yang telah diproses. seperti makanan segera, perasa dan pewarna makanan. Contohnya Pak Aji (Fahamkan saya maksudkan Aji apa?).

Kesemua ini adalah bahan sintetik yang susah untuk diproses oleh badan. Menjadikan terganggunya sistem pencernaan dan perkumuhan menyebabkan sembelit.

Apabila najis terlalu lama tersimpan didalam badan akibat sembelit, ia boleh menyebabkan badan terlampau stress dan sekaligus toksin najis diserap semula oleh badan. Akibatnya sakit seluruh badan dan kepala.


Kurang rehat. Antara faktor ketiga yang sering dikaitkan dengan sakit kepala. Apabila otak dan badan bekerja melebihi waktu yang sepatutnya. Akan mulalah timbul gejala sakit kepala. Ditambah lagi dengan makan yang tak ikut waktu, kurang minum air, banyak berfikir dan bergerak kesana-sini.

Semua ini bukanlah menyebabkan sakit kepala terus terjadi. Sebenarnya amalan kehidupan sudah bertahun-tahun terbiasa dengan gaya hidup yang tidak sihat mneyebabkan sakit kepala timbul secara perlahan-lahan.

Dari sakit kepala yang sedikit, kita endahkan tak buat apa-apa. Lama-kelamaan akan melarat menjadi semakin teruk. Mula dengan setahun sekali, akhirnya menjadi seminggu sekali mesti sakit kepala. Itu keadaan dah kronik.

Disini kepentingan mengubah gaya hidup mestilah ditekankan oleh kita sendiri. Banyak pengalaman kami apabila pesakit mengadu, mereka dapat mengurangkan sakit kepala dengan mengubah gaya makanan, aktiviti kerja dan juga cara berfikir.

Dengan semangat ingin berubah yang tinggi maka, tidak mustahil sakit kepala kita akan hilang. Berfikiran positif dan sentiasa bertindak kearah menjaga kesihatan, boleh menjadikan kehidupan kita lebih sempurna.

Sunday, 18 December 2016

TAWARAN KESIHATAN DARI TJC HEALTH CENTRE



Ramai pasien tanya, TJC ada buat rawatan apa selain akupuntur. 

Kami jawab, "Disini selain akupuntur, ada rawatan Bekam, Urutan Tulang, Urutan Anti Stress. Sebelum rawatan dimulakan, kami akan analisa kesihatan pasien dahulu. Barulah dapat ditentukan kaedah rawatan yang sesuai untuk pasien tersebut."

"Ada promosi tak?" tanya beliau lagi.

"Banyak, tengok ni." Kami menunjukkan kelebihan jika membuat rawatan di TJC.

Sambil tersenyum, "Harga diskaun banyak juga ye. Warga emas, orang pencen, pelajar dan kanak-kanak. Saya ada anak selalu selsema dan batuk. Boleh lah dapat diskaun ni ye?"

"Boleh, jangan risau ada 50% diskaun Puan untuk kanak-kanak." Jawab kami.

"Ok saya nak datang minggu depan bawa anak dan suami. Tolong booking tarikh untuk saya ye." Pinta pasien untuk mendapatkan tawaran TJC.

Kesediaan TJC untuk membantu membudayakan kesihatan menjadi keutamaan kami. Kami rasa gembira apabila dapat membantu meringankan beban kesakitan yang lama ditanggung.

Ramai yang datang kembali dan mengucapkan terima kasih kerana membantu menambah nilai hidup mereka. Doa merekalah yang menjadikan TJC masih kekal untuk membantu masyarakat.

...
Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh Wassap 011-1181 6929. Kami Buka setiap hari bermula 9.30 pagi - 4.00 petang. (Hari Jumaat Cuti)

Sunday, 13 November 2016

ISTIMEWA HARI SELASA: AKUPUNTUR RM47 SAHAJA


Setiap hari mesti ada orang yang akan sakit. 

Dirumah, pejabat, padang, restoran dan sebagainya. 

Sakit datang tidak kira tempat dan masa. Masa tengah sihat buat kerja boleh je sakit.

Akupuntur merupakan rawatan yang sangat berkesan untuk membantu masalah kesakitan yang terjadi dengan tiba-tiba. 

Contohnya seperti tiba-tiba terkena sakit kepala, sakit leher, batuk, selesema, gatal alahan dan sebagainya.

....

Di TJC Health Centre, kami memberi kan sepenuh komitmen dalam perawatan Akupuntur. 

Di pusat rawatan TJC, terdapat dua orang perawat kami yang mempunyai kemahiran tinggi didalam teknik Akupuntur. Mereka mendapat pengiktirafan dari Universiti Xiamen di China.

Kemahiran teknik akupuntur begini sangat jarang ada di mana-mana pusat rawatan. Kami juga menggabungkan rawatan Herba, Bekam, Urutan dan Pmbetulan Tulang Belakang.

Boleh lihat Testimoni dari pelanggan kami yang berpuas hati selepas rawatan di TJC.

....

Sekarang, setiap hari selasa Harga Rawatan Akupuntur 

Hanya RM47.00 sahaja.

 Untuk dapatkan info lanjut, WAJIB hubungi nombor ini sahaja:
>> SMS/WA: 011-11816929 <<
>> SMS/WA: 011-11816929 <<
>> SMS/WA: 011-11816929 <<

Saturday, 27 August 2016

AKUPUNTUR DAN MASALAH PENDENGARAN

Poin Akupuntur SJ17 untuk masalah telinga berdesing
Ini adalah salah satu point yang digunakan oleh perawat di TJC HEALTH CENTRE untuk masalah pendengaran. Point yang dinamakan sebagai SJ17 ini membantu dalam rawatan masalah telinga.

Pesakit yang datang ke klinik ini ada yang diantaranya masalah telinga berdengung, sakit di dalam telinga, telinga berdesing, pendengaran yang kurang jelas, gegendang pecah, dan sebagainya yang melibatkan deria telinga.

Rawatan akupuntur dapat membantu merawat masalah yang dinyatakan ini tanpa kesan sampingan kepada pesakit.

Thursday, 18 August 2016

KOSMETIK AKUPUNTUR ANTI PENUAAN

Rawatan Akupuntur Kecantikan 'Facelift'
TJC HEALTH CENTRE menawarkan rawatan akupuntur dalam rawatan wajah. Ianya teknik yang membolehkan pelancaran peredaran darah, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, menganjalkan kulit, seterusnya meningkatkan penyembuhan yang berganda pada tisu kulit, dan setiap sel kulit wajah anda.

TANPA sebarang bahan kimia
TANPA penggunaan dadah berbahaya
TANPA UBATAN.

Perawat kami sendiri melakukannya. Anda bila lagi...???

Sunday, 7 August 2016

PENTING SANGAT KE BUAH PINGGANG NI?

Kita selalu dengar masalah buah pinggang. Ianya banyak terjadi pada masyarakat kita. Tidak kira golongan dewasa, malah kanak-kanak juga telah terlibat dalam masalah ini.

Tahukah anda apa sebenarnya tugas buah pinggang itu sendiri?

Mengapakah terlalu penting organ ini, sehinggakan pusat dialisis yang ada di Malaysia tumbuh ibarat cendawan?
Salur darah membawa darah masuk ke dalam
buah pinggang untuk menapis kotoran

Mana sahaja kita pergi, ada sahaja pusat dialisis. Dan pesakit yang menerima rawatan dialisis ini perlu menjalani rawatan SEUMUR HIDUP!!

Bayangkan! Berapa banyak duit perlu dilaburkan? berapa banyak masa perlu dihabiskan?

Jom kita tengok dari segi perubatan cina apa sebenarnya kerja buah pingang ni sampai kalau masalah kena buat dialisis bagai, kena tukar buah pinggang dan sebagainya...

BUAH PINGGANG DAN FUNGSINYA
-------------------------------------------------
Di dalam perubatan CINA, organ ini sesuai dengan air, keadaan iklim sejuk, berkaitan dengan perasaan takut dan rintihan, serta berkait rapat dengan rasa garam.

Ia juga berkait dengan organ telinga.

Buah pinggang juga mengawal tulang, tulang sum sum, tulang rawan, dan perlu tahu bahawa apabila buah pinggang berfungsi dengan baik ia membantu pertumbuhan rambut yang baik!

Buah pinggang menyimpan pati dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan, pembangunan dan fungsi reproduktif. Apa pula reproduktif itu? Dalam bahasa "layman" ia meliputi organ pembiakan.

SIMPTOM KELEMAHAN BUAH PINGGANG
----------------------------------------------------------
> sakit dan lemah di bahagian pinggang dan ke bawah
> telinga berdesing
> rasa berpusing
> haus
> berpeluh di waktu malam
> demam ringan
> bagi lelaki : kurang air mani dan pancut awal
> bagi wanita : haid yang sedikit


**Sila share jika anda rasa bermanfaat**