Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Wednesday, 4 May 2011

KURSUS AKUPUNTUR OLEH DR HJ ABD HALIM BASRI








Alhamdulillah, pada 1hb Mei yang baru berlalu merupakan satu detik bersejarah dalam TJC yang mana telah berlangsung kursus AKUPUNTUR pertama anjuran pendukung-pendukung TJC di Lembah Klang.

Pada mulanya kursus ini dijangkakan akan diadakan pada 24hb April; tetapi di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan ia ditunda kepada 1hb Mei, 2011.

TJC adalah singkatan daripada Thibbul JAWI Centre atau dalam bahasa Melayu bermaksud Pusat Perubatan JAWI. TJC ditubuhkan oleh gabungan beberapa pengamal Perubatan JAWI yang bergiat di sekitar Lembah Klang sebagai menyahut cabaran ataupun untuk merealisasikan hasrat Tn Hj Ismail (Rektor PJ) agar dapat diwujudkan satu pusat perubatan yang menerapkan "Thibbun Nabawi" dalam segala aspek pengurusannya.

Kami berharap ramai lagi pengamal-pengamal perubatan; terutamanya mereka yang telah mengikuti INTIBAH ataupun SIJIL HERBALIS anjuran HPA dapat bergabung dengan TJC agar konsep ini dapat diperluaskan ke seluruh dunia.

Di bawah ini disertakan gambar-gambar semasa kursus akupuntur yang telah diadakan pada 1hb Mei, 2011 yang lalu dalam usaha kami untuk melatih dan memantapkan lagi pengamal-pengamal perubatan JAWI sediada. Insyallah, kami akan mengadakan lagi kursus-kursus lain seperti IRIDOLOGI, PTB, BEKAM, REFLEKSOLOGI, AKUPUNTUR dll dalam masa terdekat oleh mereka yang ada kepakaran dan pengalaman yang luas di dalam bidang-bidang tersebut.











No comments:

Post a Comment