Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Monday, 28 May 2012

NENEK BERUMUR 90 TAHUN


Aspiah ibuku masih Sihat walaupun umurnya menjangkau 90 tahun. Wajahnya ceria selepas melakukan rawatan akupuntur. Alhamdulillah!

Friday, 25 May 2012

Anatomi - Pembersihan Kolon Hingga Rektum

FUNGSI USUS

Saluran usus mengandungi usus besar dan kecil. Secara umumnya, usus besar boleh dibahagikan kepada kolon dan rektum. Terdapat berjuta-juta ‘vilus’ di dalam usus kecil kita yang bertanggungjawab untuk menyerap nutrien. Sebaliknya, usus besar bertanggungjawab untuk menyerap air dan sesetengah elektrolit.

Dalam saluran usus besar, semua sisa makanan yang tidak hadam akan menjadi najis. Najis tersebut akan melalui kolon dan sampai kepada rectum sebelum disingkirkan dari dubur. Ini mengakhiri segala proses penghadaman.


PENYERAPAN TOKSIN DARIPADA NAJIS YANG TIDAK DAPAT DISINGKIRKAN

Usus besar adalah kira-kira 1.6m panjang. Ia hanya boleh menampung bahan buangan yang terbentuk daripada 6 hidangan makanan. Selebih daripada itu, bahan buangan akan mengalir semula ke usus kecil. Ini bermaksud, jika tubuh badan kita tidak dapat menyingkirkan makanan di dalam badan selepas 18 hingga 20 jam, adalah sukar untuk menjamin bahawa badan kita tidak akan menyerap toksin daripada bahan buangan itu sendiri dan ini akan mengganggu fungsi normal usus kecil di dalam penyerapan nutrien.



sumber maklumat : http://harmonyanggun.tripod.com/id12.html