Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Friday, 11 September 2015

Akupuntur bukan amalan keagamaan


Inilah mitos yang umum dan popular tentang ‪#‎Akupuntur‬. Faktanya adalah rawatan akupuntur tidak ada kaitannya dengan agama manapun. Tujuan dari terapi akupuntur adalah berusaha untuk mengimbangi tahap tenaga dalam tubuh manusia dengan cara yang sangat ‪#‎alami‬.
...

Call / Sms 011-1181 6929
Call / Sms 011-1181 6929
Call / Sms 011-1181 6929

untuk pertanyaan lanjut staff kami akan menjawab persoalan anda.

‪#‎Bekam‬
‪#‎kiropraktik‬
‪#‎PTB‬
‪#‎Kesihatan‬
‪#‎Kecantikan‬

Akupuntur mempunyai dos seperti ubat-ubatan



Pada rawatan ‪#‎Akupuntur‬, biasanya penyakit anda tidak akan sembuh hanya dengan satu terapi. Sama halnya dengan anda harus meminum ubat dalam dos tertentu untuk menyembuhkan penyakit anda.

Oleh kerana itu, anda perlu melakukan beberapa terapi agar anda dapat merasakan manfaat dari rawatan akupuntur ini. Namun, jika keadaan tubuh anda tidak akan bertambah baik selepas melakukan 10 kali terapi, anda mungkin perlu pergi ke orang yang berbeza.
...

Call / Sms 011-1181 6929
Call / Sms 011-1181 6929
Call / Sms 011-1181 6929

Hubungi staff TJC untuk pertanyaan lanjut. Klinik TJC dibuka setiap jam 9.30 pagi - 5.00 petang.

‪#‎TJCHeatlhCentre‬
‪#‎Bekam‬
‪#‎Kiropraktik‬
‪#‎PTB‬
‪#‎Kesihatan‬
‪#‎kecantikan‬

Wednesday, 27 May 2015

ANAKKU TALESMIA


Klinik Rawatan ‪#‎TJCHealthCentre‬ semalam dikunjungi oleh pesakit Talasemia kanak-kanak. sedikit perkongsian berkenaan penyakit ini.

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalamdarah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


#healthiswealth
#akupunturTJC
#SpineadjustmentTJC

Insta : THIBBULJAWIHEALTHCENTRE
Facebook : Rumah Sihat TJC

TAHUKAH ANDA???

TAHUKAH ANDA??
-----------------------

Di dalam perubatan Tradisional China


LIMPA :

+ Mengawal selia penghadaman
+ Mengawal metabolisma air
+ Mengawal peredaran darah
+ Limpa membentuk otot (tisu lembut) dan 4 bahagian tubuh
+ menghantar nutrisi ke lidah dan mulut
+ berpasangan dengan organ perut



‪#‎sharingiscaring‬
‪#‎healthiswealth‬
‪#‎akupunturTJC‬
‪#‎spineadjustmentTJC‬

insta : THIBBULJAWIHEALTHCENTRE
facebook : Rumah Sihat TJC

Thursday, 2 April 2015

TITIK LING SHU




Ling Shu :

"The heart is the root of life : It is reflected in the blood vessels and its Qi communicates with the tongue."

Wednesday, 1 April 2015

BUAH PINGGANG DAN KEPENTINGANNYA




Konsep buah pinggang di dalam Perubatan Tradisional Cina termasuklah :

+ Pendengaran
+ Keseimbangan
+ Fungsi sendi
+ Integriti tulang (pergerakan)
+ Reproduksi
+ Fungsi perkumuhan
+ Rambut
+ Genetik dan aspek turun temurun
+ Mekanisma tekanan
+ keseimbangan air
+ pemuliharaan bahan penting dalam tubuh
+ Kuku
+ Buah pinggang menyimpan pati
+ Mengawal tekanan darah

TIPS BILA BADAN ANAK SEJUK



Boleh menyebabkan:
------------------------
+batuk
+sesak nafas
+selsema


Cara Rawatan Mudah:
--------------------------
+ tuang madu diatas secawan air.
(air dahulu kemudian madu = air akan jadi sifat memanaskan)
+ selawat & doa mohon sembuh.
+ minum.


Tuesday, 24 March 2015

CARA MUDAH SEMBUH BATUK


Badan anak anda Sejuk?
Batuk anak anda berlarutan?

Ada cara MUDAH nak panaskan secara semulajadi.

Sediakan :

  • cawan kosong
  • madu asli
  • air masak/mineral

Caranya:
1) masukan air masak/mineral dahulu ke dalam cawan.
2) tuang madu ke dalam cawan berisi air tadi secukup rasa.
3) kacau hingga sebati.
4) selawat dan berdoa kemudian minum, Insya Allah badan akan panas batuk sembuh perlahan-lahan.

Saturday, 21 March 2015

ANDA GASTRIK, CIRIT BIRIT, SEBU, PERUT TAK SELESA?




Kawasan titik bewarna kuning tersebut dapat meredakan rasa tidak selesa di kawasan perut. Urut secara perlahan di daerah tersebut atau tekan secara perlahan-lahan dengan kiraan 10 saat sebanyak 3-5x.

In syaa Allah biiznillah, sakit yang dihadapi kurang dari yang sebelumnya.

SELAMAT MENCUBA!


‪#‎sharingiscaringTJC‬
‪#‎akupunturTJC‬
‪#‎spineadjustmentTJC‬


insta : thibbuljawihealthcentre
blog : www.thibbuljawicentre.blogspot.com

Friday, 20 March 2015

BENGKAK KAKI & KENCING MANIS



Pengalaman hari ini merawat ayah mertua saya yang bengkak kaki beserta kudis di belakang tapak kaki beliau.
.
Bengkak yang surut Alhamdulillah. Namun sebelum itu, beliau tidak dapat berjalan dengan baik selama hampir seminggu.
.
Saya pulang menziarahi beliau dalam keadaan sudah sihat namun tidak mampu berjalan betul.
.
Dua rawatan saya lakukan, Akupuntur dan bekam.
.
Bi Iznillah (dengan izin Allah) dengan #Akupuntur saraf kaki 30 minit beliau boleh bangun dan berjalan dengan kuat.

Selepas satu jam kemudian saya mula membekam kakinya mengikut pun utama seperti di dalam gambar.
.
Hasilnya, badan dan kaki terasa panas seperti aliran darah yang lancar. Alhamdulillah..


#TJCHealthCentre
#RumahSihatTJC
#BekamPower
#kiropraktik
#Bekam
#SpineAdjustment

CUCUK DAHI UNTUK RAWAT RESDUNG & MIGRAIN




Di TJC HEALTH CENTRE, kami menggunakan point akupuntur ini bagi merawat masalah sakit kepala dan resdung. Bukan itu sahaja, permasalahan mata juga dapat dirawat menggunakan point ini. Apa yang menarik, point ini juga mampu merawat sistem endokrin seperti masalah diabetes yang melibatkan organ pankreas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

SMS/WhatsApp: 011-11816929
SMS/WhatsApp: 011-11816929

..............
Rawatan kami hanya melalui temujanji sahaja. 
Temujanji boleh pada waktu pejabat 9.30 am - 4.00 pm sabtu hingga khamis. Jumaat cuti.
.............
#healthiswealth
#akupunturTJC
#spineadjustmentTJC



PARU-PARU SIHAT TENGOK KULIT ANDA




TAHUKAH ANDA......

Di dalam perubatan TCM (Traditional Chinese Medicine), mengatakan paru-paru sihat bersamaan dengan kulit yang sihat.

Jadi, mari sama-sama perhatikan kulit kita bagaimana cirinya. Bukan warna kulit samada gelap atau cerah, tetapi cantik atau tidak struktur kulit.

Kulit kering, berkeruping, berparut, masalah gatal, ekzema, ruam, dan sebagainya menandakan paru-paru yang lemah.


#sharingiscaring
#akupunturTJC
#spineadjustmentTJC

Insta : thibbuljawihealthcentre
www.thibbuljawicentre.blogspot.com

PROMOSI PENGENALAN GUASA JADE (DITUTUP)

KINI ADA DITAWARKAN DI TJC HEALTH CENTRE

NIKMATI KADAR BAYARAN 50% DARIPADA HARGA ASAL PADA BULAN MAC INI....!! 

Sms/Whatsapp 011-11816929 untuk temujanji SEGERA! 




DR SYIFA MELAKUKAN DEMO AKUPUNTUR DI SLOT ASSALAMUALAIKUM TV-ALHIJRAH

Demo Akupuntur LIVE di dalam Program Assalamualaikum TV ALHIJRAH Oleh Dr Aizarena Syifa pada 15 Mac 2015.

Tel/Sms : 011-11816929 (kajang), 012-3356005 (gombak)
kesihatan anda keperihatinan kami



Tuesday, 20 January 2015

CUCUK DI TANGAN SEMBUH PENYAKIT LAIN???



TJC HEALTH CENTRE, kerap ditanya soalan, "kenapa kena cucuk di tangan sedangkan saya sakit di kaki?" "kenapa cucuk di tangan sedangkan saya sakit di kepala?" "Sakit kat badan, tapi cucuk kat tangan?"

Point akupuntur yang dikenali sebagai 'Hegu' atau Li4 ini merupakan antara 6 point terpenting point jarak jauh atau dalam bahasa inggerisnya kita sebut sebagai "One of the six important Distal Point". Dan merupakan point wajib akupuntur dalam rawatan di TJC HEALTH CENTRE untuk apa jua masalah kesihatan yang timbul.

Antara kepentingan point ini adalah :

1. Gangguan ibu jari, jari telunjuk dan sendi pergelangan
2. Point analgesik dan anestasia yang terbaik untuk tubuh dan terapi
3. Point jarak jauh untuk sakit kepala bahagian depan, muka, masalah organ rasa, dan leher
4. Gangguan usus besar
5. Gangguan paru-paru


#akupunturTJC
#spineadjustment
#healthiswealth

Facebook : Rumah Sihat TJC
Instagram : Thibbuljawihealthcentre

Saturday, 17 January 2015

STROKE DAN AKUPUNTUR


Alhamdulillah, pesakit stroke kami sudah boleh mengangkat tangannya melepasi kepala setelah treatment akupuntur menjangkau kali ke-5. Kaki kanan beliau juga boleh digoyangkan ke kanan dan ke kiri.

Pasien juga memberi maklumbalas yang positif seperti terasa ringan di tangan, di kaki yang sebelum ini tidak mampu bergerak kesan daripada serangan stroke yang dialami.

Akupuntur bukan sahaja membantu memberi keseimbangan kepada tubuh badan, melancarkan perjalanan darah dan nutrien ke seluruh tubuh bahkan tidak mempunyai kesan sampingan kepada tubuh. Malahan beratus pesakit memberikan kesan positif selepas rawatan dilakukan.

Bukan sahaja di luar negara, bahkan di negara kita sendiri mengakui, akupuntur telah banyak membantu mengembalikan fungsi organ dan memberikan kesihatan tubuh yang optimum.

Kami di TJC HEALTH CENTRE mendoakan agar anda semua diberi kesembuhan, kesihatan yang baik agar mendapat kehidupan yang lebih baik.


-Ingat Sihat Ingat TJC-

FB : Rumah Sihat TJC
Insta : Thibbuljawihealthcentre

Thursday, 15 January 2015

AKUPUNTUR DAN VARICOSE VEINS


'Varicose Veins' (vena varikos) atau urat yang berbonjol-bonjol atau timbul dengan besar kebiasaan timbul di daerah kawasan kaki. Ini adalah kerana apabila kita berjalan, atau berdiri memberikan tekanan yang banyak kepada kawasan tubuh badan dari kaki ke bawah.

Sesetengah orang, hanya bimbang kerana mendapati ianya kelihatan buruk pada pandangan mata. Namun bagi orang lain pula, vena varikos boleh menyebabkan sakit dan rasa yang tidak selesa. Dan ianya boleh membawa kepada masalah yang lebih serius. Vena varikos juga boleh memberi isyarat risiko yang lebih tinggi daripada masalah peredaran darah yang lain.

Kebiasaanya perawatan moden menyarankan pembedahan dilakukan.

GEJALA :

Tanda-tanda anda mungkin mempunyai vena varikos termasuk:

Urat yang ungu gelap atau berwarna biru
Urat yang kelihatan berpintal dan membonjol

Apabila tanda-tanda dan gejala-gejala yang menyakitkan berlaku, termasuk:

Perasaan achy atau berat pada kaki anda
Rasa seperti membakar, berdenyut, otot kekejangan dan bengkak di kaki anda dari lutut ke bawah
Sakit bertambah buruk selepas duduk atau berdiri untuk jangka masa yang panjang
Gatal di sekitar satu atau lebih daripada urat anda
Ulser kulit berhampiran pergelangan kaki anda, yang boleh bermakna anda mempunyai bentuk yang serius penyakit vaskular yang memerlukan perhatian perubatan

RAWATAN AKUPUNTUR



Point ST41 dapat membantu untuk gangguan masalah kaki dan juga vena varikos ini. Selain dapat membantu gangguan daripada pergelangan kaki dan tisu lembut di kawasan ini. Pembedahan dapat dielakkan apabila anda melakukan akupuntur dengan lebih kerap bagi menyeimbangkan tubuh badan anda dari masalah ini.

PUNCA VARIKOS

Arteri membawa darah dari jantung ke seluruh tisu-tisu anda. Urat mengembalikan darah dari seluruh badan untuk jantung anda, maka darah yang boleh dikitar semula. Untuk mengembalikan darah ke jantung anda, urat-urat di kaki anda mesti bekerja melawan graviti. Pengecutan otot pada bahagian bawah kaki bertindak sebagai pam, dan dinding urat kenyal membantu darah kembali ke jantung anda. Injap kecil di dalam vena anda akan terbuka kerana aliran darah ke jantung.

Punca vena varikos boleh termasuk:
Umur. Apabila usia meningkat, urat anda boleh kehilangan keanjalan. Injap dalam pembuluh darah anda boleh menjadi lemah, membolehkan darah yang perlu bergerak ke arah organ hati mengalir ke belakang. Kolam darah dalam vena anda, dan urat anda membesar dan menjadi varikos. Urat kelihatan biru kerana ia mengandungi darah yang tidak mempunyai oksigen, yang mana ianya dalam proses untuk diedarkan semula melalui paru-paru. 

Kehamilan. Sesetengah wanita hamil mengalami vena varikos. Kehamilan meningkatkan jumlah darah dalam badan anda, tetapi mengurangkan aliran darah dari kaki anda untuk pelvis anda. Perubahan peredaran direka bentuk untuk menyokong janin yang semakin meningkat, tetapi ia boleh menghasilkan kesan sampingan urat yang membesar di kaki anda. Vena varikos boleh muncul buat kali pertama atau mungkin menjadi lebih teruk semasa hamil lewat, apabila rahim anda mengenakan tekanan yang lebih besar pada urat-urat di kaki anda. Perubahan hormon semasa mengandung juga boleh memainkan peranan. Vena varikos yang berkembang semasa kehamilan secara amnya meningkat.


#healthiswealth
#akupunturTJC
#spineadjustment
#TJCHealthCentre

FB : Rumah Sihat TJC
Insta : Thibbuljawihealthcentre

Sunday, 11 January 2015

AKUPUNTUR DAN SUSU IBU




Saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua terutama golongan wanita yang mengalami masalah susu badan yang sedikit atau tidak mengcukupi untuk si kecil anda.

Akupuntur dapat membantu mengembalikan keseimbangan tubuh agar tubuh bersedia memberikan pengeluaran susu ibu yang banyak untuk si kecil.

Misalannya salah satu point akupuntur iaitu St18, dapat membantu sebagai "booster" pengeluaran susu ibu di samping penggunaan point Ren.
AWAS! Point St18 lokasinya ini adalah di antara tulang rusuk. Cara cucuk yang salah boleh mengundang BAHAYA kepada pesakit.