Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Tuesday, 20 January 2015

CUCUK DI TANGAN SEMBUH PENYAKIT LAIN???



TJC HEALTH CENTRE, kerap ditanya soalan, "kenapa kena cucuk di tangan sedangkan saya sakit di kaki?" "kenapa cucuk di tangan sedangkan saya sakit di kepala?" "Sakit kat badan, tapi cucuk kat tangan?"

Point akupuntur yang dikenali sebagai 'Hegu' atau Li4 ini merupakan antara 6 point terpenting point jarak jauh atau dalam bahasa inggerisnya kita sebut sebagai "One of the six important Distal Point". Dan merupakan point wajib akupuntur dalam rawatan di TJC HEALTH CENTRE untuk apa jua masalah kesihatan yang timbul.

Antara kepentingan point ini adalah :

1. Gangguan ibu jari, jari telunjuk dan sendi pergelangan
2. Point analgesik dan anestasia yang terbaik untuk tubuh dan terapi
3. Point jarak jauh untuk sakit kepala bahagian depan, muka, masalah organ rasa, dan leher
4. Gangguan usus besar
5. Gangguan paru-paru


#akupunturTJC
#spineadjustment
#healthiswealth

Facebook : Rumah Sihat TJC
Instagram : Thibbuljawihealthcentre

Saturday, 17 January 2015

STROKE DAN AKUPUNTUR


Alhamdulillah, pesakit stroke kami sudah boleh mengangkat tangannya melepasi kepala setelah treatment akupuntur menjangkau kali ke-5. Kaki kanan beliau juga boleh digoyangkan ke kanan dan ke kiri.

Pasien juga memberi maklumbalas yang positif seperti terasa ringan di tangan, di kaki yang sebelum ini tidak mampu bergerak kesan daripada serangan stroke yang dialami.

Akupuntur bukan sahaja membantu memberi keseimbangan kepada tubuh badan, melancarkan perjalanan darah dan nutrien ke seluruh tubuh bahkan tidak mempunyai kesan sampingan kepada tubuh. Malahan beratus pesakit memberikan kesan positif selepas rawatan dilakukan.

Bukan sahaja di luar negara, bahkan di negara kita sendiri mengakui, akupuntur telah banyak membantu mengembalikan fungsi organ dan memberikan kesihatan tubuh yang optimum.

Kami di TJC HEALTH CENTRE mendoakan agar anda semua diberi kesembuhan, kesihatan yang baik agar mendapat kehidupan yang lebih baik.


-Ingat Sihat Ingat TJC-

FB : Rumah Sihat TJC
Insta : Thibbuljawihealthcentre

Thursday, 15 January 2015

AKUPUNTUR DAN VARICOSE VEINS


'Varicose Veins' (vena varikos) atau urat yang berbonjol-bonjol atau timbul dengan besar kebiasaan timbul di daerah kawasan kaki. Ini adalah kerana apabila kita berjalan, atau berdiri memberikan tekanan yang banyak kepada kawasan tubuh badan dari kaki ke bawah.

Sesetengah orang, hanya bimbang kerana mendapati ianya kelihatan buruk pada pandangan mata. Namun bagi orang lain pula, vena varikos boleh menyebabkan sakit dan rasa yang tidak selesa. Dan ianya boleh membawa kepada masalah yang lebih serius. Vena varikos juga boleh memberi isyarat risiko yang lebih tinggi daripada masalah peredaran darah yang lain.

Kebiasaanya perawatan moden menyarankan pembedahan dilakukan.

GEJALA :

Tanda-tanda anda mungkin mempunyai vena varikos termasuk:

Urat yang ungu gelap atau berwarna biru
Urat yang kelihatan berpintal dan membonjol

Apabila tanda-tanda dan gejala-gejala yang menyakitkan berlaku, termasuk:

Perasaan achy atau berat pada kaki anda
Rasa seperti membakar, berdenyut, otot kekejangan dan bengkak di kaki anda dari lutut ke bawah
Sakit bertambah buruk selepas duduk atau berdiri untuk jangka masa yang panjang
Gatal di sekitar satu atau lebih daripada urat anda
Ulser kulit berhampiran pergelangan kaki anda, yang boleh bermakna anda mempunyai bentuk yang serius penyakit vaskular yang memerlukan perhatian perubatan

RAWATAN AKUPUNTUR



Point ST41 dapat membantu untuk gangguan masalah kaki dan juga vena varikos ini. Selain dapat membantu gangguan daripada pergelangan kaki dan tisu lembut di kawasan ini. Pembedahan dapat dielakkan apabila anda melakukan akupuntur dengan lebih kerap bagi menyeimbangkan tubuh badan anda dari masalah ini.

PUNCA VARIKOS

Arteri membawa darah dari jantung ke seluruh tisu-tisu anda. Urat mengembalikan darah dari seluruh badan untuk jantung anda, maka darah yang boleh dikitar semula. Untuk mengembalikan darah ke jantung anda, urat-urat di kaki anda mesti bekerja melawan graviti. Pengecutan otot pada bahagian bawah kaki bertindak sebagai pam, dan dinding urat kenyal membantu darah kembali ke jantung anda. Injap kecil di dalam vena anda akan terbuka kerana aliran darah ke jantung.

Punca vena varikos boleh termasuk:
Umur. Apabila usia meningkat, urat anda boleh kehilangan keanjalan. Injap dalam pembuluh darah anda boleh menjadi lemah, membolehkan darah yang perlu bergerak ke arah organ hati mengalir ke belakang. Kolam darah dalam vena anda, dan urat anda membesar dan menjadi varikos. Urat kelihatan biru kerana ia mengandungi darah yang tidak mempunyai oksigen, yang mana ianya dalam proses untuk diedarkan semula melalui paru-paru. 

Kehamilan. Sesetengah wanita hamil mengalami vena varikos. Kehamilan meningkatkan jumlah darah dalam badan anda, tetapi mengurangkan aliran darah dari kaki anda untuk pelvis anda. Perubahan peredaran direka bentuk untuk menyokong janin yang semakin meningkat, tetapi ia boleh menghasilkan kesan sampingan urat yang membesar di kaki anda. Vena varikos boleh muncul buat kali pertama atau mungkin menjadi lebih teruk semasa hamil lewat, apabila rahim anda mengenakan tekanan yang lebih besar pada urat-urat di kaki anda. Perubahan hormon semasa mengandung juga boleh memainkan peranan. Vena varikos yang berkembang semasa kehamilan secara amnya meningkat.


#healthiswealth
#akupunturTJC
#spineadjustment
#TJCHealthCentre

FB : Rumah Sihat TJC
Insta : Thibbuljawihealthcentre

Sunday, 11 January 2015

AKUPUNTUR DAN SUSU IBU




Saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua terutama golongan wanita yang mengalami masalah susu badan yang sedikit atau tidak mengcukupi untuk si kecil anda.

Akupuntur dapat membantu mengembalikan keseimbangan tubuh agar tubuh bersedia memberikan pengeluaran susu ibu yang banyak untuk si kecil.

Misalannya salah satu point akupuntur iaitu St18, dapat membantu sebagai "booster" pengeluaran susu ibu di samping penggunaan point Ren.
AWAS! Point St18 lokasinya ini adalah di antara tulang rusuk. Cara cucuk yang salah boleh mengundang BAHAYA kepada pesakit.