Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Wednesday, 27 May 2015

ANAKKU TALESMIA


Klinik Rawatan ‪#‎TJCHealthCentre‬ semalam dikunjungi oleh pesakit Talasemia kanak-kanak. sedikit perkongsian berkenaan penyakit ini.

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalamdarah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.

Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.


#healthiswealth
#akupunturTJC
#SpineadjustmentTJC

Insta : THIBBULJAWIHEALTHCENTRE
Facebook : Rumah Sihat TJC

TAHUKAH ANDA???

TAHUKAH ANDA??
-----------------------

Di dalam perubatan Tradisional China


LIMPA :

+ Mengawal selia penghadaman
+ Mengawal metabolisma air
+ Mengawal peredaran darah
+ Limpa membentuk otot (tisu lembut) dan 4 bahagian tubuh
+ menghantar nutrisi ke lidah dan mulut
+ berpasangan dengan organ perut



‪#‎sharingiscaring‬
‪#‎healthiswealth‬
‪#‎akupunturTJC‬
‪#‎spineadjustmentTJC‬

insta : THIBBULJAWIHEALTHCENTRE
facebook : Rumah Sihat TJC