Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Monday, 13 June 2016

TESTIMONI BEKAM: DAPAT TIDUR NYENYAK SELEPAS SEMINGGU TAK BOLEH TIDUR

"Tuut, tuut...." handphone saya berbunyi. Pada paparan skrin handphone tertulis nama yang saya kenali.

"Assalamualaikum, Tuan Firdaus. Lama tak jumpa." jawap saya dengan pantas.

"Waalaikummussalam abang. Hehe tu lah lama tak jumpa. Saya call ni pun nak jumpa abang la." Terdengar suara di hujung corong handphone.

"Boleh je nak jumpa. Pasal apa?" saya bertanya.

"Saya dah seminggu tak boleh tidur, bahu saya sakit sangat. Malam tadi paling sakit. Memang tak boleh tidur. Lepas subuh baru dapat tidur. Itupun sekejap je. Saya nak buat rawatan bekam la, last bekam pun tahun lepas." Beritahu beliau tentang masalah yang sedang dihadapinya.

"Baiklah, abang tunggu. Kesian tak dapat tidur pun dah seksa sangat. Ni lagi sakit bahu." Saya menyetujuinya.

"Terima kasih bang. Petang ni saya datang ye. Assalamualaikum" Beliau mengakhiri perbualan.

"Waalaikummussalam."

...

Petang itu beliau datang dalam keadaan pucat dan lesu. Barangkali beban derita yang tak tertanggung sedang dialami. Terus saya membuat pemeriksaan mendapati tulang leher dan belikat beliau tidak sama. Saya lakukan sedikit pembetulan tulang belakang.

Beliau merasa sedikit lega. Kemudian saya menyambung dengan rawatan bekam sekitar bahu, tengah laher dan belakang dada. Darah beku berwarna hitam berkumpul di dalam cawan bekam.

Setelah dibersihkan tempat bekam, saya menyuruh beliau duduk. Wajahnya yang tadi pucat lesi, bertukar ceria dan kemerahan menandakan aliran darah sudah lancar.

"Macam mana rasa badan sekarang, ada ringan ke?" Saya bertanya.

"Ok dah ni bang, cuma kesan bekam tu masih ada. Ringan dah kat leher dengan bahu ni. Tadi nak baring lama pun sengsaranya ya amat. Ni pun dah rasa mengantuk. Huaaaaaahh" katanya sambil menguap panjang.

"Alhamdulillah, syukurlah. Jangan lupa tidur dulu sebelum pergi bertugas di Sungai Besar tu. Jalan jauh jugak tu. Keselamatan pun kena jaga. InsyaAllah malam ni dapat tidur nyenyak tu." Balas saya sekaligus memberi nasihat ringkas.

"Baik bang. Lepas ni saya rehat dan tidur sekejap sebelum memandu ke Sungai Besar. Terima kasih banyak." Katanya sambil menghulurkan bayaran rawatan.

....

Keesokan harinya, saya menghantar mesej bertanya khabar.


Tersenyum saya bila dapat tahu beliau sudah boleh tidur lena. Saya juga ada menasihatkan beliau agar datang sebulan atau dua bulan untuk rawatan bekam. Jangan tunggu sehingga sakit sangat baru nak datang. Dia pun kata ok, nak datang lagi bulan depan.