Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Saturday, 27 August 2016

AKUPUNTUR DAN MASALAH PENDENGARAN

Poin Akupuntur SJ17 untuk masalah telinga berdesing
Ini adalah salah satu point yang digunakan oleh perawat di TJC HEALTH CENTRE untuk masalah pendengaran. Point yang dinamakan sebagai SJ17 ini membantu dalam rawatan masalah telinga.

Pesakit yang datang ke klinik ini ada yang diantaranya masalah telinga berdengung, sakit di dalam telinga, telinga berdesing, pendengaran yang kurang jelas, gegendang pecah, dan sebagainya yang melibatkan deria telinga.

Rawatan akupuntur dapat membantu merawat masalah yang dinyatakan ini tanpa kesan sampingan kepada pesakit.

Thursday, 18 August 2016

KOSMETIK AKUPUNTUR ANTI PENUAAN

Rawatan Akupuntur Kecantikan 'Facelift'
TJC HEALTH CENTRE menawarkan rawatan akupuntur dalam rawatan wajah. Ianya teknik yang membolehkan pelancaran peredaran darah, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, menganjalkan kulit, seterusnya meningkatkan penyembuhan yang berganda pada tisu kulit, dan setiap sel kulit wajah anda.

TANPA sebarang bahan kimia
TANPA penggunaan dadah berbahaya
TANPA UBATAN.

Perawat kami sendiri melakukannya. Anda bila lagi...???

Sunday, 7 August 2016

PENTING SANGAT KE BUAH PINGGANG NI?

Kita selalu dengar masalah buah pinggang. Ianya banyak terjadi pada masyarakat kita. Tidak kira golongan dewasa, malah kanak-kanak juga telah terlibat dalam masalah ini.

Tahukah anda apa sebenarnya tugas buah pinggang itu sendiri?

Mengapakah terlalu penting organ ini, sehinggakan pusat dialisis yang ada di Malaysia tumbuh ibarat cendawan?
Salur darah membawa darah masuk ke dalam
buah pinggang untuk menapis kotoran

Mana sahaja kita pergi, ada sahaja pusat dialisis. Dan pesakit yang menerima rawatan dialisis ini perlu menjalani rawatan SEUMUR HIDUP!!

Bayangkan! Berapa banyak duit perlu dilaburkan? berapa banyak masa perlu dihabiskan?

Jom kita tengok dari segi perubatan cina apa sebenarnya kerja buah pingang ni sampai kalau masalah kena buat dialisis bagai, kena tukar buah pinggang dan sebagainya...

BUAH PINGGANG DAN FUNGSINYA
-------------------------------------------------
Di dalam perubatan CINA, organ ini sesuai dengan air, keadaan iklim sejuk, berkaitan dengan perasaan takut dan rintihan, serta berkait rapat dengan rasa garam.

Ia juga berkait dengan organ telinga.

Buah pinggang juga mengawal tulang, tulang sum sum, tulang rawan, dan perlu tahu bahawa apabila buah pinggang berfungsi dengan baik ia membantu pertumbuhan rambut yang baik!

Buah pinggang menyimpan pati dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan, pembangunan dan fungsi reproduktif. Apa pula reproduktif itu? Dalam bahasa "layman" ia meliputi organ pembiakan.

SIMPTOM KELEMAHAN BUAH PINGGANG
----------------------------------------------------------
> sakit dan lemah di bahagian pinggang dan ke bawah
> telinga berdesing
> rasa berpusing
> haus
> berpeluh di waktu malam
> demam ringan
> bagi lelaki : kurang air mani dan pancut awal
> bagi wanita : haid yang sedikit


**Sila share jika anda rasa bermanfaat**