Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Tuesday, 10 January 2017

TIPS SIHAT SEMASA MUSIM TENGKUJUH



Apa khabar anda semua? Kami doakan anda sihat walafiat hendaknya.

Hari ni, kami ingin berkongsi tips nak kuat.

Eh! kuat apa tu?

Haaa, begini ye. Sekarang ni hujung dan awal tahun kebiasaannya hujan hampir setiap hari.

Malam tadi kami lihat di klinik, ramai ibu-bapa bawa anak-anak mereka kerana selsema, batuk dan demam.

Biasanya, virus mudah tersebar diwaktu musim hujan ini. Sakit yang terjadi pun banyak berpunca dari suhu sejuk dan lembap. Ianya mempercepatkan pembiakan virus.

Badan kita juga akan mengalami perubahan untuk menyeimbangkan suhu yang sering berubah-ubah ini. Virus akan mudah masuk memcahkan sistem imuniti badan yang tidak stabil.

Jadi mari amalkan 3 tips dibawah untuk menghadapi musim hujan.

Pertama, pastikan badan anda cukup hangat.



Pakai jaket atau baju tebal bagi melindungi badan dari kesejukan. Kalau hujan tu, gunakanlah payung ye.

Minyak kayu putih boleh menghangatkan kalau di sapu seluruh badan. Anda juga boleh minum semangkuk sup atau segelas air halia, supaya badan sentiasa hangat dari dalam.

Keduanya, banyak minum air putih.


Untunglah bagi anda yang suka minum air putih ni. Selain murah, mudah nak dapat ia juga zat yang bersifat pembersih alami. Memudahkan pembuangan air besar dan mengurangkan kadar asid/protein yang berlebihan.

Anda juga akan dapat kulit yang segar dan juga dapat mengelakkan dehidrasi. Orang pandang pun berseri-seri muka merah-kemerahan.

Pilih tempat makan dan makanan yang bersih


Bagi anda yang bekerja, jauhkan dari tempat makan yang kotor. Kedai tepi longkang dan jalan, seringkali terdedah dengan virus dan habuk.

Kedai yang ‘hygiene’ dan selalu menitik beratkan kebersihan dapat mengurangkan risiko jangkitan.

Basuh tangan anda sebelum makan, selepas keluar tandas dan selepas melakukan apa-apa kerja. Sediakan juga pembersih antiseptik tangan seperti DETTOL sebagai langkah berjaga-jaga.

Jadi setelah kita betul-betul melakukan pencegahan dan langkah-langkah yang berjaga-jaga, maka penyakit yang biasa terjadi ketika musim hujan dapat diatasi.

Berjaga-jaga dengan penyakit HFMD yang mudah berjangkit

Terutama kepada anak-anak kita. Mereka lazimnya kelompok yang mudah berjangkit dari virus. Jikalau kita gagal mengesan dari awal boleh melarat hingga menjadi penyakit berbahaya, seperti HFMD, (penyakit tangan, kaki dan mulut).

Kaedah tradisonal juga boleh membantu didalam mencegah penyakit yang kerap terjadi ketika musim tengkujuh ni. Antaranya ialah terapi akupuntur. Selain boleh mengimbangkan suhu dalam badan, akupuntur juga boleh menguatkan organ seperti paru-paru, buah pinggang yang mungkin lemah akibat sejuk.

Kami harap artikel ini dapat membantu anda. Sekiranya bermanfaat, silakan kongsi dengan rakan-rakan anda yang lain. Terima kasih.



Saturday, 7 January 2017

NAK RAWAT SAKIT KEPALA, TAPI TAK TAHU PUNCA


Sakit kepala atau migrain memang selalu sangat menjadi perbualan kita seharian.

Jikalau bukan kita yang sakit kepala, mesti ahli keluarga, saudara -mara atau kawan yang sakit kepala.

Mengadu sambil berkerut dahi mengaduh kesakitan. Kita nak tanya soalan pun rasa kesian. tak sampai hati. ye la orang tengah sakit.

Ramai tertanya-tanya, apa yang menyebabkan punca sakit kepala ni?

Kadang-kadang budak sekolah rendah pun dah mula sakit kepala. Patutnya budak sekecil itu badannya masih kuat dan sihatkan? Tapi mengapa boleh sakit?

Banyak faktor, antaranya yang paling kerap berlakunya sakit kepala adalah pertama, kurangnya minum air.


Dalam seharian kita digalakkan minum 2.5 liter air sehari. Orang kata nanti kerap kencing lah. Tapi itulah ubatnya. Kalau kurang air semua sistem badan kita akan menyerap air daripada usus kecil dan besar. Akhirnya air yang bertoksin ini masuk kedalam sel-sel badan kita.


Keduanya pula, kekerapan memakan makanan yang telah diproses. seperti makanan segera, perasa dan pewarna makanan. Contohnya Pak Aji (Fahamkan saya maksudkan Aji apa?).

Kesemua ini adalah bahan sintetik yang susah untuk diproses oleh badan. Menjadikan terganggunya sistem pencernaan dan perkumuhan menyebabkan sembelit.

Apabila najis terlalu lama tersimpan didalam badan akibat sembelit, ia boleh menyebabkan badan terlampau stress dan sekaligus toksin najis diserap semula oleh badan. Akibatnya sakit seluruh badan dan kepala.


Kurang rehat. Antara faktor ketiga yang sering dikaitkan dengan sakit kepala. Apabila otak dan badan bekerja melebihi waktu yang sepatutnya. Akan mulalah timbul gejala sakit kepala. Ditambah lagi dengan makan yang tak ikut waktu, kurang minum air, banyak berfikir dan bergerak kesana-sini.

Semua ini bukanlah faktor utama yang menyebabkan sakit kepala terus terjadi. Sebenarnya amalan kehidupan sudah bertahun-tahun terbiasa dengan gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan sakit kepala timbul secara perlahan-lahan.

Dari sakit kepala yang sedikit, kita endahkan tak buat apa-apa. Lama-kelamaan akan melarat menjadi semakin teruk. Mula dengan setahun sekali, akhirnya menjadi seminggu sekali mesti sakit kepala. Itu keadaan dah kronik.

Disini kepentingan mengubah gaya hidup mestilah ditekankan oleh kita sendiri. Banyak pengalaman kami apabila pesakit mengadu, mereka dapat mengurangkan sakit kepala dengan mengubah gaya makanan, aktiviti kerja dan juga cara berfikir.

Dengan semangat ingin berubah yang tinggi maka, tidak mustahil sakit kepala kita akan hilang. Berfikiran positif dan sentiasa bertindak kearah menjaga kesihatan, boleh menjadikan kehidupan kita lebih sempurna.