Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Monday, 13 February 2017

Fakta Pneumonia

Anda jangan terkejut apabila mengetahui bahawa anda boleh mendapat pneumonia dalam kehidupan seharian anda, seperti di sekolah mahupun di tempat kerja. Selain itu anda juga boleh mendapat pneumonia di hospital. Cuma yang membimbangkan apabila anda sememangnya telah sedia sakit! kerana keadaan akan lebih parah lagi!

Pneumonia terjadi apabila kuman samada bakteria ataupun virus masuk ke dalam paru-paru anda ketika anda bernafas. Anda lebih cenderung untuk mendapat pneumonia selepas anda mengalami kesejukan dan selsema.
Penyakit-penyakit ini menyukarkan paru-paru anda untuk melawan jangkitan, dan ia menjadi lebih mudah untuk serangan pneumonia. Sekiranya anda mengalami penyakit kronik dalam jangkamasa panjang seperti asma, kanser, atau diabetes juga menyebabkan anda cenderung untuk mengidap pneumonia ini.


Simptom pneumonia yang disebabkan bakteria ini biasanya menyerang dengan pantas.

Antaranya :


✔ Demam
✔ Batuk - Berkemungkinan mengalami batuk berkahak. Kebiasaannya kahak disertai dengan warna kuning atau hijau atau disertai dengan darah.
✔ Menggigil

✔ Pernafasan lebih cepat dan sesak
✔ Sakit dada yang teruk ketika batuk dan menarik nafas
✔ Degupan jantung yang cepat
✔ Rasa terlalu letih atau terlalu lemah
✔ Loya dan muntah
✔ Cirit-birit.

Sekiranya anda mengalami gejala ringan, doktor akan mentafsirkan sebagai 'walking pneumonia'.


Simptom 'walking pneumonia' ini biasa pesakit mudah keliru antara sejuk atau selsema yang disebabkan oleh alahan atau perubahan dalam sesuatu musim.

Gejala ini adalah :


☀ Rasa seram sejuk
☀ Sakit kepala
☀ Sakit tekak
☀ Demam ringan
☀ Hilang selera makan
☀ Batuk kering

☀ Kejang dan sakit otot
☀ Bernafas dengan cepat atau terasa sesak

☀ Dan kebiasaannya pesakit akan sedar apabila menghadapi batuk kering dan demam.

ADAKAH ANDA PATUT RISAU???

📌 'Walking peneumonia' mempunyai potensi untuk menjadi wabak dan merebak dengan cepat melalui seseorang itu batuk dan bersin, terutamanya di dalam ruang atau persekitaran yang sesak seperti tempat awam.


📌Dalam kebanyakan kes, apabila 'walking pneumonia' didiagnosis dengan tepat, ianya mudah dirawat menggunakan antibiotik. Akan tetapi perlu ingat bahawa untuk mendapatkan diagnosis yang tepat adalah penting disebabkan antibiotik yang digunakan untuk merawat selsema virus dan pneumonia biasa kemungkinan gagal.

📌 Pesakit yang telah mengidap 'walking pneumonia' biasanya membentuk beberapa imuniti kepada penyakit ini. Jalan terbaik adalah untuk berjumpa dengan doktor meskipun anda telah menjalani rawatan sebelum ini.

TIADA RAWATAN ALTERNATIF? 😧

Untuk kes ini, apabila anda telah disahkan oleh doktor perubatan bahawa anda mengidap pneumonia, ianya boleh dibantu menggunakan terapi akupuntur. Terapi akupuntur akan menguatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan bakteria dan virus yang ada di dalam tubuh. Organ yang terjejas seperti paru-paru akan dikuatkan dari masa ke semasa. Tanya akupunturis anda bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan terapi dan proses.

BAGAIMANA MENURUNKAN PARAS KREATININ TANPA UBATAN???

Buntu peningkatan kreatinin hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan. Bacaan tidak pernah turun walau sedikit pun.

Adakah cara atau pemakanan yang dapat membantu penurunan kreatinin ini?


Kreatinin adalah bahan buangan kimia yang terdapat di dalam darah. Kebiasaannya kreatinin ini akan ditapis oleh buah pinggang dan dibuang keluar daripada badan melalui pembuangan air kecil.

Pakar perubatan menyatakan bahawa tahap kreatinin tinggi dalam tempoh sementara boleh terjadi disebabkan pengambilan makanan tertentu, ubatan, kurang minum air, dan juga mengambil sejumlah besar daging atau protein dalam pola pemakanan. Selain itu, proses membina otot menggunakan latihan berat juga menyumbang kepada peningkatan tahap kreatinin dalam tubuh.

Tahap kreatinin yang terlalu tinggi di dalam tubuh berkemungkinan menyebabkan masalah di buah pinggang atau kerosakan buah pinggang. Jesteru, sangat penting untuk mengetahui punca kreatinin di dalam urin bagi mengelakkan komplikasi kerosakan yang lebih teruk pada buah pinggang.

Ada beberapa remedi yang boleh kita perolehi untuk diamalkan supaya paras kreatinin menurun :


1. BANYAKKAN MEMINUM AIR

Dehidrasi merupakan salah satu penyebab meningkatnya kreatinin di dalam urin. Cara yang lebih mudah adalah dengan meminum air yang banyak supaya pengeluaran kreatinin lebih banyak terjadi.  

2. BARLI


Pengambilan barli membantu mencuci dan menguatkan organ buah pinggang. 

3. TEH HIJAU

Selain daripada itu, bagi meningkatkan cecair di dalam tubuh pengambilan teh hijau juga membantu memberi bekalan kepada tubuh antioksidan mengawal kreatinin. Anda boleh mengambil 2-3 cawan sehari sekiranya doktor memberitahu paras kreatinin anda tinggi.

4. TEH CHAMOMILE  

 
Sekiranya anda bukan peminat teh hijau dan barli, anda boleh mengambil teh chamomile sebagai alternatif. Bahan yang terkandung di dalam chamomile  membantu memberi ketenangan dan mengurangkan paras kreatinin di dalam urin. 


Sunday, 12 February 2017

7 Penyebab KANSER Daripada Makanan Yang Kita Ambil Setiap Hari..!!

Pakar saintis telah membuktikan makanan yang kita makan setiap hari menyebabkan kanser!. Risiko kanser meningkat sekiranya diet pemakanan kita kaya dengan lemak dan bahan kimia. Kurangnya pengambilan makanan berkhasiat seperti serat, buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Berikut adalah 7 senarai makanan yang kita ambil setiap hari mendedahkan kita kepada risiko kanser :








Elakkan OSTEOPOROSIS seawal 20-an?


Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh disebabkan ketumpatan mineral tulang yang rendah. Oleh hal demikian walaupun tekanan yang ringan seperti membongkok atau batuk boleh menyebabkan keretakan. Ianya banyak terjadi di kalangan wanita yang mengalami monopous.

Ia juga mampu terjadi kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti ketidakseimbangan hormon yang mengambil ubat-ubatan secara berpanjangan, seperti prednisone atau antasid.

Faktor-Faktor Penyebab Risiko Osteoporosis

📌 Merokok
📌 Pengambilan kafein yang berlebihan
📌 Gaya hidup yang tidak aktif
📌 Amenorrhea - Tempoh masa yang tidak tetap ketika datang bulan, ataupun ketidakseimbangan hormon menyumbang kepada masalah tulang.
📌 Pengambilan alkohol yang berlebihan menyebabkan masalah perut dan penghadaman bagi penyerapan mineral.
📌 Hentikan minuman berkarbonat - Minuman berkarbonat meneutralkan asid di dalam perut yang penting untuk penyerapan mineral.

Cara Mengelakkan Osteoporosis

✔ Berhenti merokok
✔ Hadkan pengambilan kafein anda secawan sehari.
✔ Ubah gaya hidup anda yang lebih aktif. Senaman, bersosial seperti bersukan, mengembara dan sebagainya.

Lebihkan....

  • Sayur-sayuran hijau - seperti bayam, kale, salad, kerana sayur-sayuran ini kaya dengan kalsium, magnesium, zink yang baik untuk kesihatan tulang bersama-sama vitamin K.
  • Brokoli, salmon dan kacang almond juga mengandungi kalsium yang baik.

Kurangkan....

  • Kopi dan teh - menyerap keluar mineral untuk tulang dan gigi.
  • Minuman berkarbonat - karbonat mengurangkan penyerapan mineral.
  • Alkohol - Ia akan mengganggu perut dan saluran pencernaan serta menjejaskan penyerapan mineral.
  • Gula dan karbohidrat meningkatkan pengeluaran asid oleh produk dalam badan, yang memerlukan mineral dari tulang untuk mengekalkan pH yang betul.

Melalui pengalaman kami di TJC ACUPUNCTURE, osteoporosis ini boleh dibantu menggunakan terapi akupuntur. Ramai yang berpeluang menikmati hidup yang lebih sihat hari demi hari tanpa ubatan penahan sakit dan ubatan-ubatan lain yang telah diambil selama bertahun-tahun.

Di dalam perubatan cina, berlakunya kehilangan tulang dan osteoporosis daripada belakang dan pinggul (dan kadar yang tinggi patah) dikaitkan dengan buah pinggang. Jika akupunktur boleh meningkatkan fungsi buah pinggang maka kepadatan tulang boleh diperbaiki. (Xu, 2003)

Tuesday, 7 February 2017

RAWAT GOUT ANDA SECARA SEMULAJADI


Gout adalah sejenis Arthritis. Ianya boleh menyerang secara tiba-tiba, kemerahan, rasa kekejangan, bengkak pada sendi, yang kebiasaannya menyerang pangkal ibu jari kaki.
Serangan ini boleh berlaku berulang-ulang, KECUALI gout tersebut dirawat!

Peluang untuk mendapatan gout adalah lebih tingi sekiranya anda :

💣 Mempunyai berat badan yang berlebihan.
💣 Makan terlalu banyak daging dan ikan yang tinggi bahan kimia yang disebut sebagai 'Purin".
💣 Pengambilan alkohol yang berlebihan.
💣 Kerap mengambil ubatan berbentuk diuretik menyumbang kepada gout

Bagaimana cara untuk merawat gout secara semulajadi?


  • Mengambil pemakanan yang sihat dengan menekankan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan lemak dan produk tenusu.
  • Dapatkan masa tidur yang cukup - Mendapatkan tidur yang mengcukupi pada waktu malam adalah sangat baik untuk kesihatan keseluruhan tubuh. Sebagai tambahan, ia juga membantu mengurangkan risiko terjadinya lemak di perut!. 
  • Kurangkan dan kawal stress - Masalah stress adalah keadaan yang biasa pada masa kini. Keadaan ini menyebabkan hormon kortisol meningkat yang juga penyebab meningkatnya peradangan disebabkan sensistiviti tubuh menurun.
  • Melakukan senaman - senaman yang kerap akan menurunkan  leptin dan insulin ke paras yang normal. Penurunan bahan kimia ini akan mengurangkan paras asid urik di dalam aliran darah. Sekiranya pada ketika ini, anda sedang diserang gout, kurangkan senaman dan aktiviti harian bagi mengurangkan kecederaan yang lebih serius di bahagian sendi. 
  • Tingkatkan paras Vitamin D - Banyak kajian mendedahkan kepentingan vitamin D untuk menjaga kesihatan tubuh yang optimum dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan seperti diabetis tahap 2, sakit jantung dan kanser. Kajian juga menunjukan bahawa vitamin D memainkan peranan penting dalam mencegah sindrom yang mengarah kepada gout.

Sunday, 5 February 2017

7 Makanan yang MAMPU MERANSANG MOOD anda!!


"Tiada mood la hari ini...."


"Hari ni takde mood nak buat apa-apa" 


Kita sering berhadapan situasi ini tidak kira masa, hari, waktu dan sebagainya. Dan mood ini sememangnya mengganggu seharian aktiviti anda.

Kajian menunjukkan bahawa makanan tertentu mempunyai keupayaan meningkatkan mood anda disebabkan sebatian kompleks yang terdapat di dalam sesuatu makanan tersebut.

Makanan ini berupaya mengurangkan keresahan, tekanan dan kemurungan. Berikut adalah makanan yang mampu meningkatkan mood anda secara SERTA- MERTA!


1. WALNUT


Walnut adalah dalam kumpulan kekacang yang mampu meningkatkan kesihatan sel tubuh. 10 biji walnut sehari membantu mengoptimumkan komposisi dinding sel dan menurunkan paras kolesterol darah. Dengan demikian peredaran dan pengaliran darah berjalan dengan lebih lancar.

2. SAFFRON


Kajian awal mendapati saffron mempunyai kesan anti kemurungan berbanding ubatan-ubatan kimia. Kajian menunjukkan pengambilan saffron sebanyak 15mg membantu golongan wanita mengurangkan separuh simptom PMS seperti perubahan emosi dan kemurungan.

3. COKELAT


Semua orang tahu bahawa cokelat boleh mengubah mood kepada mood yang lebih ceria dan gembira. Tetapi, pengambilan 'dark chocolate' atau cokelat yang lebih hitam atau gelap berterusan selama 2 minggu mengurangkan hormon stress termasuk kortisol. Ini disebabkan kandungan anti-oksidan yang terdapat di dalam 'dark chocolate' itu sendiri.

 4. SALMON


Ikan salmon lautan antartika adalah sumber yang kaya dengan asid lemak politaktepu; DHA dan EPA. Setiap 200g salmon, memberikan anda lemak penting yang sesuai dengan keperluan harian anda. Kandungan lemak ini amat penting dalam meningkatkan keupayaan sel-sel bagi mengatur mood.

5. TEH HIJAU



Minum teh hijau dapat mengawal tahap glukosa di dalam darah anda. Mood anda bergantung kepada paras glukos dalam badan anda.

6. KOPI



Sebahagian besar daripada kita memulakan harian kita dengan mengambil kafein yang terkandung di dalam kopi. Ramai yang diantara kita tidak boleh memulakan hari mereka tanpa secawan kopi pada waktu pagi. Pengambilan kafein membantu pergerakan badan dan otak.


7. RUMPAI LAUT



Rumpai laut adalah salah satu sumber yang kaya dengan iodin. Iodin adalah mineral yang diperlukan oleh tiroid untuk fungsi yang optimum dan metabolik yang sangat penting untuk tenaga yang optimum dan perubahan mood.

Jika anda bimbang bahawa emosi anda mengganggu kesihatan dan kesejahteraan, akupunturis boleh membantu anda dalam terapi akupuntur.

Thursday, 2 February 2017

KANSER OVARI: 6 TANDA BIASA YANG ANDA TIDAK PERNAH KISAH



Kebanyakan wanita sering mengabaikan kesejahteraan organ reproduktif mereka. Mereka mengambil jalan mudah dengan menelan pil-pil penahan sakit setiap kali mengalami kekejangan dan kesakitan. Tanpa mereka sedar mereka mengalami tanda-tanda mereka mengidap kanser ovari:


1. SAKIT PINGANG



Kerap merasakan rasa tidak selesa di bahagian bawah pinggang terutamanya. Rasa kejang, lenguh, ada ketika benar-benar sakit sehingga anda tidak mampu untuk menahannya.

2. KERAP / TIDAK DAPAT MENAHAN MEMBUANG AIR KECIL DENGAN TERGESA-GESA.




Kerap ke tandas untuk membuang air kecil sehingga ada masa ketika tidak mampu menahan walau sekejap. Golongan wanita kerap mensalahtafsir sebagai masalah 'kencing kotor'.



3. KELETIHAN YANG MELAMPAU



kerap merasa letih meskipun hanya melakukan rutin harian yang ringan.

4. SAKIT DI BAHAGIAN PELVIK


Ada ketika anda merasakan sakit dan tidak selesa di bahagian pinggang diikuti rasa sakit di bahagian pelvik. Kesakitan yang dialami menunjukan ada sesuatu yang memerlukan pemeriksaan dilakukan.

5. SAKIT KETIKA SEKSUAL


 


Aktiviti ketika bersama menyebabkan anda mengalami kesakitan dan pendarahan.

6. HILANG SELERA MAKAN ATAU CEPAT KENYANG



Kurang selera dan cepat kenyang menyebabkan anda kehilangan berat badan yang cepat. Wanita mudah berpuas hati sekira berlaku penurunan berat badan yang mendadak. Tapi, awas! ini mungkin memberikan amaran kepada tanda-tanda kanser.


Wednesday, 1 February 2017

4 MAKANAN YANG DAPAT MEMBANTU HATI ANDA

Hati merupakan organ utama yang bertanggungjawab membersihkan tubuh badan daripada apa-apa toksin yang masuk ke dalam tubuh. Oleh hal demikian adalah penting menjaga hati pada tahap yang paling optimum bagi menjaga kesejahteraan tubuh.

Cara untuk menjaga hati yang sihat adalah dengan mengambil makanan yang bersih, makanan yang berkhasiat seperti organik jika boleh.

Selain daripada mengelakkan makanan yang diproses, makanan yang mengandungi fruktosa yang tinggi serta lemak trans. Ini adalah kerana, makanan yang diproses mengandungi banyak mengandungi bahan kimia yang sangat sukar diproses oleh hati.

Tabiat merokok juga perlu dihentikan sekiranya anda masih merokok. Ianya bukan sahaja memastikan kesihatan yang baik kepada hati, bahkan seluruh tubuh.

Anda boleh juga mengambil beberapa makanan dan minuman yang sihat dalam diet anda untuk menyokong kesihatan hati :
_____________________________________

1. AIR LEMON

Minum segelas air suam dengan campuran lemon setiap pagi boleh memberi ransangan yang baik untuk hati anda. Lemon membantu hati menghasilkan lebih banyak enzim, untuk tujuan detoksifikasi.

Hanya dengan memanaskan air suam, memerah lemon organik ke dalam cawan tadi dan minum. Anda boleh juga menambah madu dan gula perang bagi menambahkan kemanisan jika mahu.


2. KUNYIT


Rempah berwarna kuning yang menjadi rempah utama dalam masakan India ini boleh membantu melindungi hati daripada kerosakan, menjana semula sel-sel hati, meningkatkan pengeluaran hempedu, dan menjaga tubuh bebas daripada toksin!.

Kunyit juga mempunyai sifat antioksidan yang membantu mengurangkan keradangan seluruh sistem yang mana mampu mengurangkan risiko mengidap penyakit kronik.

3. BAWANG PUTIH


Sebatian sulfur dijumpai di dalam bawang putih yang berfungsi untuk mengaktifkan enzim hati. Selain itu, bawang putih mengandungi bahan yang dikenali sebagai allicin yang mempunyai anti-virus yang kuat, anti-bakteria dan anti-kulat dalam meneutralkan toksin yang berbahaya.

4. AVOKADO


 Lemak sihat dan antioksidan yang terdapat di dalam avokado membantu melindungi hati daripada kerosakan. Kajian di Jepun mendapati bahawa buah-buahan ini mampu melindungi daripada Galactosamine toksin yang dikaitkan penyebab kerosakan hati yang dilakukan oleh virus Hepatitis.