Ahlan Wasahlan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebarang pertanyaan, WhatsApp kami di: 011-1181 6929

Selamat Datang ke Blog THIBBUL JAWI HEALTH CENTRE. Semoga maklumat yang dipaparkan di laman ini dapat memberikan manfaat untuk semua...

Sunday, 5 February 2017

7 Makanan yang MAMPU MERANSANG MOOD anda!!


"Tiada mood la hari ini...."


"Hari ni takde mood nak buat apa-apa" 


Kita sering berhadapan situasi ini tidak kira masa, hari, waktu dan sebagainya. Dan mood ini sememangnya mengganggu seharian aktiviti anda.

Kajian menunjukkan bahawa makanan tertentu mempunyai keupayaan meningkatkan mood anda disebabkan sebatian kompleks yang terdapat di dalam sesuatu makanan tersebut.

Makanan ini berupaya mengurangkan keresahan, tekanan dan kemurungan. Berikut adalah makanan yang mampu meningkatkan mood anda secara SERTA- MERTA!


1. WALNUT


Walnut adalah dalam kumpulan kekacang yang mampu meningkatkan kesihatan sel tubuh. 10 biji walnut sehari membantu mengoptimumkan komposisi dinding sel dan menurunkan paras kolesterol darah. Dengan demikian peredaran dan pengaliran darah berjalan dengan lebih lancar.

2. SAFFRON


Kajian awal mendapati saffron mempunyai kesan anti kemurungan berbanding ubatan-ubatan kimia. Kajian menunjukkan pengambilan saffron sebanyak 15mg membantu golongan wanita mengurangkan separuh simptom PMS seperti perubahan emosi dan kemurungan.

3. COKELAT


Semua orang tahu bahawa cokelat boleh mengubah mood kepada mood yang lebih ceria dan gembira. Tetapi, pengambilan 'dark chocolate' atau cokelat yang lebih hitam atau gelap berterusan selama 2 minggu mengurangkan hormon stress termasuk kortisol. Ini disebabkan kandungan anti-oksidan yang terdapat di dalam 'dark chocolate' itu sendiri.

 4. SALMON


Ikan salmon lautan antartika adalah sumber yang kaya dengan asid lemak politaktepu; DHA dan EPA. Setiap 200g salmon, memberikan anda lemak penting yang sesuai dengan keperluan harian anda. Kandungan lemak ini amat penting dalam meningkatkan keupayaan sel-sel bagi mengatur mood.

5. TEH HIJAU



Minum teh hijau dapat mengawal tahap glukosa di dalam darah anda. Mood anda bergantung kepada paras glukos dalam badan anda.

6. KOPI



Sebahagian besar daripada kita memulakan harian kita dengan mengambil kafein yang terkandung di dalam kopi. Ramai yang diantara kita tidak boleh memulakan hari mereka tanpa secawan kopi pada waktu pagi. Pengambilan kafein membantu pergerakan badan dan otak.


7. RUMPAI LAUT



Rumpai laut adalah salah satu sumber yang kaya dengan iodin. Iodin adalah mineral yang diperlukan oleh tiroid untuk fungsi yang optimum dan metabolik yang sangat penting untuk tenaga yang optimum dan perubahan mood.

Jika anda bimbang bahawa emosi anda mengganggu kesihatan dan kesejahteraan, akupunturis boleh membantu anda dalam terapi akupuntur.

No comments:

Post a Comment